MALAYSIA POST
PELUANG Barisan Nasional (BN) menawan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tampak cerah apabila menawarkan muka-muka baru yang lebih ‘segar’ untuk berkhidmat kepada rakyat negeri itu.
Keyakinan BN menawan hati pengundi di Melaka itu disuarakan Exco Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang berkata, BN mampu memenangi PRN Melaka walaupun terpaksa bertanding sendirian tanpa Perikatan Nasional (PN).
“Saya nampak peluang itu besar kerana BN akan menampilkan ramai calon anak muda dan calon-calon baru yang ada potensi untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Dilihat dengan perkembangan dan perubahan lanskap politik baru BN yang serba dinamika dan bersikap terbuka dengan pandangan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno untuk mengenengahkan wajah-wajah baru dalam kepimpinan dan PRN Melaka ini, Insyallah, BN mampu sambung kesinambungan pembangunan dan ekonomi yang tergendala sebelum ini.
“Saya harap PRN kali ini, rakan-rakan pemuda dan puteri seperti Saudara Fairul Nizam Roslan Ketua Pemuda Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin dan Datuk Dira Abu Zahar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Dr Akmal Saleh Ketua Pemuda Jasin dan beberapa lagi calon profesional, dapat diangkat menjadi calon dan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dilaporkan, BN akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding pada PRN Melaka pada esok secara maya.
Meskipun mengakui PRN Melaka terpaksa diadakan kerana perbalahan yang berlaku dalam Umno, Muqharabbin menjelaskan, konflik itu dapat diatasi parti dan berharap rakyat Melaka tidak mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku berhubung politik di negeri bersejarah itu.
“Bagi saya, walaupun PRN Melaka ini berlaku oleh kerana konflik dalaman parti, tetapi Umno sangat berprinsip dan terus secara automatik telah pun membuang dua Adun tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan