HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 November 2021

Saya akan kembali lebih kuat – Farzana

MALAYSIA POST

Saya akan kembali lebih kuat – Farzana

FARZANA Hayani Mohd Nasir, calon termuda Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, berikrar akan ‘kembali lebih kuat’ selepas ini.

Mahasiswa berusia 21 tahun itu yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, berkata beliau mahu membawa suara rakyat serta menegakkan keadilan dan kesaksamaan.

“Terima kasih atas semua sokongan dan kata-kata baik,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Farzana Hayani seterusnya berkata: “Saya akan kembali lebih kuat kerana saya mahu membawa suara rakyat, saya mahu keadilan dan kesaksamaan untuk negara kita yang tercinta.”

Dalam PRN Melaka Sabtu lalu, Farzana Hayani tersungkur dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan.

Ketua Srikandi Keadilan Melaka dan mahasiswa Universiti Teknologi MARA itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siti Faizah Abdul Azis yang mempertahan kerusi BN di DUN tersebut.

Siti Faizah meraih 3,794 undi mengatasi calon Perikatan Nasional, Muhammad Jefri Safry yang memperoleh 2,664 undi manakala Farzana Haryani (PH) mendapat 1,356 undi.

Sementara itu, calon Putra, Nazatul Asyraf Md Dom hanya meraih 84 undi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter/Farzana Hayani

Tiada ulasan: