HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 April 2008

10 ketua kampung di Taiping batal hasrat letak jawatan


TAIPING: Kesemua 10 orang ketua kampung dalam kawasan Parlimen Taiping menarik balik keputusan mereka untuk menyertai 766 anggota Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak untuk meletak jawatan beramai-ramai berkuatkuasa pada 1 Mei ini.

Jurucakap ketua-ketua kampung berkenaan, Ismail Youb Ahmad berkata, keputusan itu diambil selepas mereka yang terlibat itu mengadakan perbincangan di Dewan Orang Ramai, Kampung Jana Baru, Kamunting, di sini pada Ahad lepas.

Mereka terdiri Ismail Youb Ahmad (Kampung Batu 4, Kamunting), Ahmad Yusuff Yahaya (Kampung Aulong), Mohd Elias Mohd Sidek (Assam Kumbang), Meor Abdullah Zawawi Meor Amaluddin (Bukit Jana), Mustaffa Yahaya (Kampung Boyan), Rosli Osman (Kampung Expo, Kamunting), Mohd Ramli Yahaya (Kampung Jana Baru), Yahaya Sharif (Kampung Pinang), Zainal Abidin Mohd Yatim (Pokok Assam) dan Mutalib Mat Yet (Kampung Tupai).

Menurut Ismail, pada perjumpaan tersebut yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Dr Abdul Malek Md Hanafiah, 10 ketua kampung itu bersetuju untuk meneruskan khidmat sehingga tamat tempoh pelantikan pada 31 Disember nanti. BERNAMA

Tiada ulasan: