DNA suspek culik Sharlinie dihantar ke AS
KUALA LUMPURl – Bantuan khidmat penyiasatan dari Amerika Syarikat (AS) dilihat dapat membantu menyelongkar kes misteri kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar, yang kini masuk hari ke-86.
Bapa kanak-kanak itu, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29, yang melahirkan rasa gembira dengan berkembangan tersebut berharap ia dapat memberi petunjuk baru untuk mengesan penculik anaknya itu.
Menurutnya, keputusan menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ke negara tersebut adalah tindakan yang tepat.
‘‘Ini kerana teknologi yang mereka guna jauh lebih tinggi berbanding negara kita.
‘‘Hasil yang bakal diperoleh dapat meningkatkan lagi usaha bagi mengesan Sharlinie,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan