HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 April 2008

Meneraju Pakatan Rakyat : Apa untungnya PAS ?
alhusseyn


Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas jangan memasang angan- angan tinggi untuk menunjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian penubuhan sebuah negara Islam.

Menurut Karpal, beliau sememangnya lebih senang hati jika Pakatan Rakyat diterajui ketiga- tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas secara serentak.

“Maknanya ia diterajui pengerusi bersama iaitu ketiga-tiga parti ini menjadi pengerusi serentak, barulah keputusan yang dicapai nanti konsensus,” katanya.

Malah, katanya, Pas tidak boleh ‘bercakap banyak’ kerana rancangan gabungan Pakatan Rakyat antara parti-parti pembangkang yang diumumkan sebelum ini pun belum lagi dimuktamadkan.

Karpal mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub kelmarin bahawa Pas wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

“Macam mana Pas boleh tubuh negara Islam kalau dia bersendirian tidak mendapat majoriti membentuk kerajaan. Janganlah mimpi di siang hari.

Pakatan pembangkang mempunyai 82 kerusi di Parlimen yang membabitkan 31 wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (28) dan Pas (23).

“Janganlah mimpi di siang hari” demikian ingatan Karpal kepada PAS khususnya Ahmad Yaakub, Timbalan Menteri Besar Kelantan.Pesanan itu patut didengari juga oleh Ketua Pemuda PAS Kedah,Musaddak Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Alasannya ? Menurut Azman :

• PAS telah ditubuh jauh lebih lama berbanding parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
• Majoriti rakyat di negara ini merupakan orang Islam.
• Menteri Besar di Kelantan , di Perak dan di Kedah diwakili oleh PAS

Ditanya sama ada cadangan itu boleh menyebabkan pertikaian dalam kalangan parti pembangkang yang menyertai pakatan itu , Azman berkata :

" Perkara itu akan diperhalusi dan dibincangan dalam pertemuan antara tiga parti terlibat.”

Hoi! Aku pun orang PAS, mengimpikan sebuah negara Islam yang benar-benar wujud di Malaysia ini.Tapi aku tak setuju sangat engkau orang hebuh-hebuhkan didada-dada surat khabar . Bincangkanlah dahulu antara tiga parti barulah buat pengumuman.Ini buat pengumuman baru kata nak dibincangkan?

Tentulah orang tua tu naik angin!. Sudah lama dia senyap menyepi sejak PAS tidak membangkitkan isu ‘Negara Islam’ sebegini.Pihak musuh sudah tentu suka dan mengambil kesempatan ini untuk melaga-lagakan PAS–DAP.Keadaan demikian akan menggugat‘Pakatan Rakyat’ yang akhirnya akan menguntungkan Umno/ BN.

Adalah terlalu awal untuk itu semua.Perkuatkanlah dahulu kedudukan PAS dan barulah kita boleh ‘demand’ itu ini.PAS jangan terlalu mendabik dada kerana mewakili Menteri Besar di tiga buah negeri Pakatan Rakyat.Di Perak, andainya DAP meletakan seorang calun Melayu Islam dan menang, rasanya ,PAS janganlah bermimpi dapat jadi MB di Perak! Dan tentunya, PRU-13 nanti,DAP akan mengambil langkah yang lebih bijak untuk mengambil alih kerusi MB tersebut dengan meletakan calunnya sendiri dari orang Melayu Islam.

Oleh itu, eloklah difikirkan cara gerak kerja terbaik untuk memantapkan PAS disetiap negeri, terutamanya di Perak; supaya dapat menambah kerusi ADUN yang hanya 6bilangannya.

Kawan-kawan semua, yang mahukan sebuah negara Islam, jom fikirkan bersama tentang bagaimana PAS Perak mampu mengatasi 16 kerusi yang di menangi DAP Perak.

Tiada ulasan: