HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 April 2008

Sertai Pakatan Rakyat: Jawatankuasa pusat SNAP bincang pertengahan bulan ini
Oleh Bernama


Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) belum bercadang menyertai Pakatan Rakyat yang mengandungi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, kata Setiausaha Agung SNAP Edmund Stanley Jugol.

"Mungkin perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa pusat SNAP pertengahan bulan ini," katanya hari ini.

Stanley berkata bahawa secara peribadi, beliau berpendapat SNAP perlu menyertai sesuatu kumpulan politik bagi menjamin masa depannya.

Ekoran pengumuman pembentukan Pakatan Rakyat itu yang dibuat Selasa lepas, dua buah lagi parti, Malaysia Democratic Party (MDP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), dilaporkan sedang menimbang untuk menyertainya

Tiada ulasan: