HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 April 2008

'Tindakan kejam' pada tahanan ISA


Kem tahanan Kamunting di Taiping didakwa sengaja tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis.

"Akibat kecuaian nyata dan kekejaman itu, Uthayakumar jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital," kata presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), P Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

"Sukatan gula dalam darahnya 18.8 - tahap yang membimbangkan. Jika beliau tidak menerima ubatan yang tetap, beliau boleh menghidap beberapa lagi penyakit yang berkaitan diabetes."

"Buah pinggangnya mungkin rosak dan matanya pula dalam bahaya - sekadar menyebut beberapa penyakit yang berkaitan kencing manis. Kami juga difahamkan tahap kandungan protein dan asid urik berada di tahap sangat tinggi."

Tiada ulasan: