HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Mei 2008

Pengarah JAIP dapat kad merah
oleh Mat Saman Kati


Belum sampai half-time, 'Pengurus' pasukan Perak, Nizar Jamaludin dah bagi kad merah kepada Pengarah JAIP, Jamry Zury.

Macam-macam cerita kat suratkhabar. Ada yang kata pasai Jamry tak benarkan Nizar sampaikan khutbah. Ada yang kata Jamry tak benarkan imam sampaikan khutbah sendiri. Kalau baca Berita Hairan ( Berita Harian ) , memang tak hairan.

Jamry ni salah sorang dari beberapa pegawai tinggi yang cuba sabotaj pentadbiran PR Perak. SUK yang tulis surat arahan pertukaran 24 jam tu pun dah dapat kad kuning. Silap-silap, lepas half-time, mungkin dia pun duduk dibangku simpanan.

Sebab sebenar mengapa Jamry kena tukar 24 jam, sapa pun tak pasti. Tu kena tanya MB. Tanya kat Misbah pun dia boleh jawab. Tapi dari borak-borak kedai kopi, Jamry ni cuba nak sabotaj perlantikan AJK Masjid.

Semua AJK masjid yang lalu tamat tempoh perlantikan depa pada 30 Oktober tahun lalu. Bulan November, satu senarai baru telah dikemukakan. Senarai ini kemudian perlu disahkan oleh Jawatankuasa Pemilih yang terdiri dari Penghulu, OBJ dan PTA.

Kemudian disalurkan keUnit Mesjid, JAIP. Lepas tu, diberi kepada EXCO untuk semakan terakhir. Baru dibawa ke Persidangan Majlis untuk disahkan. Nak pilih AJK mesjid pun teruk benor, yob!

Oleh kerana proses yang panjang, Persidangan Majlis tidak dapat diadakan pasai PRU12. Kalau BN menang kat Perak, tak jadi masalah. Depa cuma perlu sah dan backdate saja perlantikan tu. Tup-tup, BN kalah. Tau sajalah, senarai AJK masjid yang lama tu, semua orang UMNO. Kaki karaoke yang tak pernah ke mesjid pun boleh jadi AJK. Tukang songlap peruntukan PLB pun boleh jadi Pengerusi Mesjid.

Nizar nak tukar senarai ni. Dia mahu pemilihan AJK mesjid dibuat secara terbuka melalui pemilihan. Dan biar kariah mesjid sendiri yang pilih. Depa nak pilih orang Umno ka, Pas ka, PKR ka, mampuih pi lah.

AJK mesjid pun mesti seimbang. Mesti ada sekurang-kurangnya 2 orang wanita dan seorang dikalangan belia. Jumlah keseluruhan 15 orang.

Suratkhabar kata, JAIP dibawah Sultan, bukan bawah MB. Betui la. Tapi hangpa ingat Nizar berani buat tanpa restu dari Sultan ka? Masa angkat sumpah EXCO dulu, Sultan dah bagi warning. Baginda tak mahu orang kampung diasing-asingkan. Kalau UMNO, umno saja. Kalau Pas, Pas saja. Tak boleh.

Tapi siJamry ni try nak sahkan senarai AJK mesjid yang dikemukan oleh UMNO dulu, melalui Persidangan Majlis, yang akan diadakan pada 15 Mei ini. Jadi, cara yang ada untuk Nizar nak stop perkara ini, ialah dengan bagi kad merah pada Jamry. Ada faham? Kalau tak faham, hangpa panggil Misbahul Munir buat ceramah. 3 jam dia cerita tak habis.

Jadi, secara dasarnya, apa yang nak dibuat oleh Nizar tu memang bagus. Mengembalikan hak penduduk kampung untuk memilih sapa Imam yang depa suka. Sapa AJK masjid yang depa suka. Tapi oleh kerana MB orang Pas, dan EXCO yang bertanggungjawab tentang hal ehwal ugama ADUN Pas, ahli-ahli Pas dapat tau projek ini lebih awal. Jadi sebelum orang lain sapu, ada Pas cawangan yang awal-awal buat mesyuarat lantik orang depa. Yang ni tak betui. Keluaq mulut rimau, masuk mulut naga.

Semalam, aku baru dapat surat tentang garispanduan pemilihan Ketua Kampong dari SUK. Macam tu baru betui. Selama ni, garis panduan yang dikeluarkan oleh Misbahul Munir, oleh Penghulu, semuanya auta. Tapi jaga-jaga, ada jugak Penghulu yang nak main kayu tiga. Maklumlah, ada Penghulu ni orang UMNO. Depa nak jaga jugak periuk nasi depa.

Ada sorang Penghulu kat Kuala Kangsar, hidup cukup mewah. Kereta sampai tiga biji. Kerja dia tukang kutip komisyen. Nak buat jalan, dia ambil komisyen. Nak buat surau pun dia ambil komisyen.

Yang ni tok sah bagi kad kuning. Lempar kad merah terus.

Tiada ulasan: