Polis nafi khabar angin Karpal Singh ditahan
PULAU PINANG: Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid hari ini menafikan khabar angin kononnya Pengerusi DAP, Karpal Singh ditahan polis hari ini.
"Jangan dengar khabar angin, kita tidak tahan beliau pun," katanya kepada di sini hari ini.
Khabar angin itu bertiup kencang pagi ini apabila beberapa wartawan menerima SMS yang menyatakan Karpal akan ditahan polis.
Sabtu lepas Karpal telah memberi keterangan selama kira-kira dua jam kepada dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Timur Laut berhubung laporan yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan beliau mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan Menteri Besar Perak Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury barubaru ini.
Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Sekarang kita menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwa raya," katanya.
Salleh berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata berupa hasutan. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan