HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Jun 2008

54,033 pelanggan di KL dan Selangor dipotong bekalan air


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah memotong bekalan air kepada 54,033 pelanggan sejak Januari hingga Mei, membabitkan caj pemotongan dan penyambungan semula berjumlah RM1.9 juta.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pada tahun lepas Syabas telah memotong bekalan air kepada 237,655 pelanggan membabitkan caj berjumlah RM8.2 juta.

"Kerja-kerja pemotongan bekalan air dan penyambungan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Ia adalah langkah terakhir bagi pengguna yang tidak menjelaskan bil air," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAPKlang) yang ingin tahu berapakah pemotongan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun lepas dan lima bulan pertama tahun ini serta pendapatan daripada pemotongan itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shaziman berkata bagi kerja pemotongan dan penyambungan semula, kadar caj yang dikenakan adalah mengikut saiz meter.

"Bagi pemotongan dan penyambungan semula setiap meter domestik dan rumah kedai, caj yang dikenakan adalah RM50, kos sebenar bagi kerja-kerja tersebut adalah sebanyak RM79.60.

Oleh yang demikian baki kos sebanyak RM29.60 untuk setiap kerja tersebut adalah ditanggung oleh Syabas," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: