HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Jun 2008

DAP bawa usul tergempar kes Altantuya
Malaysiakini


Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menyerahkan usul tergempar bagi membincangkan dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes Altantunya Shaariibuu.

Yang dipetua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memutuskan sama ada usul, yang diserahkan semalam, akan dibentangkan dan dibahaskan.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tiada ulasan: