Ella dan Mas Idayu akan teruskan persembahan
oleh LEE YAN XIU
SHAH ALAM: Persembahan Ella dan Mas Idayu akan berlangsung seperti yang dijadualkan sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, 6 Julai ini.
Isnin lalu, Dewan Pemuda Pas Selangor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan mengatakan penampilan Ella dan Mas Idayu tidak sesuai dan akan mencemarkan imej Islam.
Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Dewan Pemuda Pas didesak untuk menyatakan pendiriannya pada Khamis lalu.
Setakat ini, Dewan Pemuda Pas berkata tidak akan mengambil tindakan protes terhadap dua penyanyi wanita popular tersebut.
Sementara itu Selangor berharap akan merampas kejohanan daripada tangan Singapura dalam perlawanan ini.
"Perlawanan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat sejak ia diperkenalkan pada 2001," kata pengerusi penganjur, Datuk Karim Munisar.
Karim berkata melalui perlawanan ini kita dapat mengeratkan hubungan kita dengan Singapura.
Tahun lalu, S-League Selection, Singapura telah menewaskan Selangor Selection dengan keputusan 3-1 manakala kumpulan veteran Selangor telah menewaskan veteran Singapura dengan keputusan 1-0.
"Harap kita dapat menang dalam perlawanan ini," ulas Karim.
Beliau bertambah bahawa pasukan Selangor telah mengimport tiga pemain asing iaitu Evans Chisulo (Zambia), Elie Aiboy (Indonesia) dan Frank Jean Seator (Liberia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan