HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Jun 2008

Lembah Klang catat kes cerai tertinggi
Sinar Harian


SELAYANG - Kadar penceraian di Malaysia disifatkan agak ‘dahsyat’ di mana Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi kes terbabit.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiyah Hassan berkata, bagi jumlah perkahwinan berusia satu hingga lima tahun, peningkatan kes penceraian sudah meningkat secara purata sebanyak 13 peratus.

“Jumlah paling tinggi kes penceraian ini adalah di Kuala Lumpur yang mencatat jumlah sebanyak 32.3 peratus manakala diikuti Selangor sebanyak 30 peratus.

“Mengikut data yang diperoleh, daripada 2,000 perkahwinan, 600 pasangan akan bercerai yang selalunya akibat keadaan dalam keluarga yang bermasalah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Perdana anjuran Masjid Jamek Kampung Nakhoda di perkarangan masjid tersebut, Sabtu lalu.

Tambahnya, jumlah negeri yang tertinggi kes penceraian adalah diikuti Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Selain itu, turut berkaitan dengan kes tersebut ialah gejala sosial di kalangan anak muda kini yang kian menakutkan.

“Perkara ini disebabkan apabila kita dimaklumkan pihak yang pernah melakukan tinjauan di sebuah universiti tempatan antarabangsa di Selangor bahawa daripada 100 pelajar yang ditemu ramah, 90 pelajar Islam mengaku pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin manakala dalam satu seminar yang saya hadiri baru-baru ini,” katanya.

Tiada ulasan: