HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 Jun 2008

Muktamar PAS ke-54 di Ipoh Perak, 15 - 17 Ogos
Intan Abdullah


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 akan diadakan pada 15 hingga 17 Ogos ini di bandar Ipoh Perak.

Pengumuman tersebut dinyatakan Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

"Buat masa ini, jawatankuasa panitia sedang dalam proses menyewa premis sekitar Ipoh bagi melicinkan perjalanan muktamar tahunan semua dewan," ujarnya.

Menurutnya, muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat akan dijalankan dalam tempoh 13 hingga 14 Ogos yakni beberapa hari sebelum sidang muktamar penuh dijalankan.

Jawatankuasa Panitia Induk Muktamar ke-54 kali ini ujarnya diketuai oleh Asmuni Awi, dan beliau kini sedang menyusun gerak kerja bagi memastikan segala persiapan dibuat mengikut perancangan.

"Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada kendalian muktamar kali ini, kerana ia diadakan pertama kali di negeri Perak yang baru diperintah Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, mesyuarat di peringkat cawangan telah hampir selesai dan kini beberapa negeri melalui sayap Pemuda, Muslimat dan Ulama pula sedang mengadakan muktamar masing-masing.

Muktamar Tahunan PAS yang lalu diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dan pada tahun ini ianya diadakan di negeri Perak sempena pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut. - mns_

Tiada ulasan: