HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Jun 2008

Pemuda PAS Selangor sangkal Mat Taib
Oleh Ariffuddin Ishak, Mstar


Petaling Jaya: “Itu pandangan naif dari seorang veteran dalam politik,” kata Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berhubung kedudukan Pas Selangor dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya Sallehen menasihatkan pemimpin Umno itu memperkukuhkan dahulu kepimpinan dalaman Umno sebelum membuat percaturan mengenai kedudukan Pas.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online bagi mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Muhammad yang tidak menolak kemungkinan Pas Selangor akan keluar dari PR di negeri itu berdasarkan masalah dalaman serta salah faham antara parti-parti yang berkaitan.

“Saya melihat kelantangan kami (Pas) menyuarakan pendapat kepada kerajaan negeri adalah sesuatu yang dinamik.

“Inilah demokrasi yang diamalkan PR kerana semua pihak berhak untuk menyuarakan pandangan yang berbeza,” katanya.

Beliau menyifatkan kebebasan bersuara secara terbuka yang diamalkan PR berupaya memperkukuhkan lagi kepimpinan PR di Selangor.

1 ulasan:

Wakmasnoor berkata...

Salam.

Saya rasa apa yang disuarakan Mad Taib itu ada BENARNYA. Walaupun soal keluar PR Selangor itu belum lagi jelas.

Banyak sudah percanggahan yang berlaku diantara PAS-DAP-PKR di Selangor. Walaupun tak banyak yang disiarkan dilaman media atau blog, tapi dari sumber2 yang rapat kepada saya, PERGOLAKKAN itu adalah benar jelas berlaku.

Bermula dengan isu perlantikkan Exco kepada isu Babi dan banyak lagi hinggalah kepada isu AIR PERCUMA.

Selamat mencari...