HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Jun 2008

Rakyat Malaysia ditahan atas tuduhan membunuh di Singapura
Oleh Bernama


POLIS Singapura hari ini menahan seorang lelaki dari Sabah berhubung kes pembunuhan seorang penduduk tetap republik itu semalam.

Rakyat Sabah berumur 26 tahun itu ditahan bersabit pembunuhan Abdul Khalid Othman, 61, di sebuah flat di Ang Mo Kio Avenue kira-kira 6.30 petang.

Mangsa ditemui mati dengan berpakaian dalam.

Polis berkata selepas siasatan menyeluruh, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) mengesan suspek di sebuah hotel di kawasan Geylang pagi ini.

Suspek tidak mempunyai kediaman tetap di republik ini, kata polis.

Pengarah CID, SAC Ng Boon Gay memuji para pegawainya di atas tindakan pantas mereka sehingga suspek ditangkap dalam tempoh 16 jam sahaja.

Tiada ulasan: