HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Jun 2008

Satu lagi kes berebut mayat


Satu lagi pertikaian tercetus antara keluarga seorang lelaki India yang mati membunuh diri, dengan pihak berkuasa agama Islam berhubung hak untuk mengkebumikannya.

Pihak berkuasa agama Islam berkata, Elangesvaran Benedict, yang meninggal dunia Ahad lalu, telah memeluk Islam dan mesti dikebumikan secara Islam.

Bagaimanapun, saudara lelakinya, Selvam berkata, Elangesvaran tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia telah memeluk Islam.Oleh itu, mereka bertegas bahawa dia adalah penganut agama Hindu.

Mayatnya disimpan di sebuah hospital sehinggalah pertikaian tersebut selesai.

Kes tersebut adalah yang terbaru dalam siri perebutan mayat antara pihak keluarga dengan pihak berkuasa agama Islam.

Kerajaan telah mencadangkan satu peraturan baru ke atas mereka yang memeluk Islam, bagi mengelak berlaku perebutan seumpama itu yang turut mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini.

Dalam kes terbaru ini, Selvam telah meminta Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menyelesaikan pertikaian berhubung status agama Elangesvaran.

"Bagi pihak keluarga, Elangesvaran tidak pernah memaklumkan kepada kami yang dia telah memeluk Islam," katanya kepada pemberita hari ini.

"Kami berharap perkara ini dapat diselesai secepat mungkin supaya kami dapat menuntut mayatnya dan mengkebumikannya mengikut agama Hindu," katanya.

Selvam berkata, selepas laporan polis dibuat mengenai kematian Elangesvaran, keluarganya dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menuntut mayatnya kerana dia telah memeluk Islam dan akan dikebumikan menurut Islam.

Beliau berkata, keluarganya hanya diberi satu nota yang didakwa ditulis oleh Elangesvaran, menyatakan dia telah memeluk Islam, tetapi tidak mempunyai sebarang tandatangan atau cap jari Elangesvaran atau sebarang saksi.-AFP

Tiada ulasan: