HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Jun 2008

Perhimpunan aman: Pemuda PAS Selangor belum putuskan
Saidah Hairan


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia menghadap Sultan Selangor kerana ia merupakan satu peluang untuk menerangkan pandangan dan kehendak rakyat negeri khususnya dalam aspek hiburan.

Menurut Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi, Pemuda PAS Selangor telah menyusun beberapa langkah antaranya membuat kunjungan hormat ke Pejabat Mufti di Shah Alam.

Beliau berkata, Pemuda PAS Negeri akan memberikan beberapa cadangan kepada Mufti Selangor dan cuba untuk bersikap proaktif dengan institusi Mufti.

Mengulas tentang perhimpunan sebagaimana yang dinyatakan dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, katanya, ia masih belum dibincangkan secara serius.

Bagaimanapun tambah beliau, mungkin perhimpunan itu akan dilakukan kerana perasaan orang muda terutama para penyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku tetapi masih mengamalkan budaya Umno.

"Saya tidak boleh menafikan sekiranya berlaku perhimpunan aman atau tunjuk perasaan tetapi saya tidak merancang. Kemungkinan akan berlaku tetapi kita masih belum putuskan dalam mesyuarat," jelasnya.

Beliau berkata, selain bertemu Mufti, Pemuda PAS juga merancang akan berjumpa dengan Mas Idayu dan Ella.

Katanya, pertemuan itu amat perlu supaya para artis turut menyumbang pembangunan nilai manusia kerana suasana politik sekarang telah berubah tetapi para artis masih di tahap pemikiran lama. - mns_

Tiada ulasan: