KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara berdepan dengan masalah apabila
kurang mendapat kerjasama daripada pihak 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dari segi dokumentasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan
Mohamed berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan Jabatan Audit
semasa menyiapkan laporan interim syarikat tersebut.
"Secara keseluruhan PAC berpuas hati dengan kerja yang dilakukan Jabatan Audit nampak menyeluruh dan dibuat dengan telus.
"(Bagaimanapun) ada dua perkara yang ditimbulkan dari segi dokumentasi
seperti penyata bank dan perjanjian-perjanjian syarikat tidak diberi
kerjasama yang baik dari pengurusan 1MDB.
"Jadi kita minta mereka beri kerjasama kepada audit untuk teruskan
kerja mereka supaya laporan itu dapat dimuktamadkan, " katanya pada
sidang media selepas mendengar taklimat daripada Ketua Audit Negara,
Tan Sri Ambrin Buang mengenai proses pengauditan 1MDB, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Audit Negara bentang laporan awal 1MDB]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan