HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Julai 2015

Gesa PM cuti: Pembangkang cuba alih isu

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim 
 
 
 
SHAH ALAM - Gesaan yang dibuat parti pembangkang agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atau mengambil cuti semalam, susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) disifatkan sebagai tidak menghormati sistem demokrasi negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, desakan tersebut juga cubaan mengalih perhatian daripada pergolakan pakatan pembangkang tersebut

"Pada hemat saya, gesaan pembangkang ini seperti tidak menghormati sistem demokrasi yang ada pada negara kita. Kedua, adakah mereka terdesak hingga cuba mengalih isu terhadap pergolakan dalam pakatan mereka?

"Sepatutnya mereka harus fokus pada isu-isu utama terutamanya isu air di Selangor begitu juga kos sara hidup di Selangor. Bukan hanya menuding jari, membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkanadakalanya berunsurkan fitnah," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, semalam.

WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana disalurkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam lima akaun peribadi Najib yang berasingan pada Mac 2013 manakala 1MDB menafikan dakwaan tersebut.

PKR menegaskan Najib tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan atau mengambil cuti selepas namanya dikaitkan dengan skandal 1MDB bagi memberi laluan kepada siasatan penuh dijalankan.

Sementara Pas mendesak agar Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor segeran mengisytihar harta bagi membersihkan namanya sebagai pemimpin negara.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan laporan daripada WSJ datang daripada sumber yang tidak diketahui.

"...kerana setiap yang berlaku itu seperti yang kita sedia maklum, (laporan) WSJ itu datang daripada sumber laporan media sosial yang tidak diketahui dari segi bukti kesahihan dan asal-usulnya.

Itu merupakan andaian atau perkara yang dikeluarkan tanpa melihat di mana asas bukti itu atau siapa yang mengeluarkannya.


"Sudah tentunya, PR ketika ini cuba mengalih isu daripada isu mereka sebenar. Sebenarnya saya melihat mereka yang bermasalah. Antara Pas dengan DAP termasuk juga PKR," katanya.


Tiada ulasan: