HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 Julai 2015

“KJ seolah-olah bukan lulusan University Oxford”

 
Ketua Pemuda UMNO menuduh perbuatan Rafizi mengaitkan EXCO Pemuda dengan pembelian hartanah MARA sebagai perbuatan bodoh.


rafizi-kj



PETALING JAYA: Rafizi Ramli membidas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menuduhnya mengamalkan politik bodoh.

Naib Presiden PKR itu berkata, kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford itu saling tidak tumpah dengan tindakan Persatuan Kebajian dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA).

“Saya kecewa apabila Ketua Pemuda UMNO yang mendapat pendidikan dari Oxford mengeluarkan kenyataan itu. Bahkan, EXCO Pemuda UMNO juga tidak banyak beza dengan PEKIDA,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, isu yang sepatutnya dijawab oleh Khairy adalah bagaimana individu yang tidak ada kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terlibat secara langsung dengan transaksi pembelian hartanah di Australia.

“Kalau dalam bahasa kasar, mesti tiga orang EXCO Pemuda UMNO itu mempunyai kabel dan kabel mana dia terlibat. Setelah kita selidik, ketiga-tiga orang ini adalah kenalan rapat dan juga terlibat dengan Pemuda UMNO.

“Samalah contohnya, katakanlah saya terlibat dengan seorang pembunuh, dan pembunuh itu kawan rapat saya, tetapi rakyat tetap akan persoalkan karakter dan bagaimana saya boleh berkawan dengan pembunuh ini,” tegasnya.

Katanya, dia mencurigai bagaimana individu-individu itu terlibat terlibat dengan MARA.

“Khairy langsung tidak menjawab persoalan ini. Bahkan salah seorang EXCO tersebut mengugut untuk menyaman saya,” katanya.

Khairy menyifatkan usaha National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang mengaitkan EXCO Pemuda UMNO dalam skandal pembelian hartanah MARA di Australia sebagai perbuatan bodoh.

Khairy berkata, Rafizi selaku Pengarah Eksekutif NOW telah membuat tuduhan mudah mengaitkan EXCO Pemuda UMNO dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.

Tiada ulasan: