HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Julai 2015

KPDNKK senaraikan 21 barang kawalan

Hasan Malek
Hasan Malek
 
 
PUTRAJAYA - Sebanyak 21 barang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
 
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, skim harga dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.
 
"Skim ini berkuat kuasa selama 17 hari bermula 7 sehingga 23 Julai depan," katanya.
 
Menurutnya,skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barangan pada musim perayaan pada harga berpatutan.

"Ini sekali gus dapat menyekat daripada peningkatan harga melampau," katanya.
 
Beliau berkata, peniaga diwajibkan menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan.
 
"Peniaga juga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain," katanya.
 
Peniaga turut diberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi peraturan.
 
"Denda RM100,000 dan penjara bagi individu manakala denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat," katanya.
 
Antara barangan di bawah skim itu adalah ayam, telur ayam, daging lembu, kerbau, ikan kembung, ikan selayang serta ikan tongkol."Cili merah, tomato, bawang, kubis, kelapa dan ubi kentang turut disenaraikan," katanya.
 
 

Tiada ulasan: