HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Julai 2015

Najib: Jangan dengar dakwaan karut Internet

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta orang awam supaya tidak percaya terhadap dakwaan padanya dan keluarga di media sosial.

Berucap dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata kerajaan akan memastikan kebenaran susulan dakwaan yang dikemukakan.

Perdana menteri berkata terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.

“Kita akan pastikan kebenaran muncul juga akhirnya,” katanya kepada orang ramai yang terdiri daripada orang awam dan pegawai kerajaan di Masjid Salahuddin Al Ayubi Mosque, Taman Melati.


Tiada ulasan: