Hussin menunjukkan tempat membawa jenazah.
TUGASNYA mungkin nampak mudah. Hanya sekadar memandu, cuma bezanya sama ada perjalanan itu dekat atau jauh.
Namun, tidak semua sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut, hanya mereka yang benar-benar berjiwa kental saja mahu memilih kerjaya sebagai pemandu van jenazah.
Berpengalaman selama 20 tahun, Hussin Mohamad, 61, sudah mempunyai pengalaman luas, bahkan mempunyai seribu satu cerita dalam mengendalikan tugas mencabar yang semestinya berdepan dengan pelbagai dugaan.
Bagaimanapun, baginya, kerja yang dilakukan adalah kerjaya yang mulia.
“Biasalah, kita bawa mayat. Saya tak nafikan sentiasa berdepan dengan pelbagai situasi yang boleh membuatkan sesiapa pun fikir banyak kali nak buat kerja ini.
“Takut, memang takut. Dugaan itu macam-macam yang datang. Tapi saya sentiasa ingatkan diri, saya melakukan pekerjaan yang baik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Ampangan, Seremban.

Disebabkan sikap mahu menolong orang menebal dalam dirinya, Husin meneruskan kerjaya membawa jenazah selepas bersara sebagai pemandu van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) empat tahun lalu.
Dia kini mengusahakan perkhidmatan membawa jenazah bukan saja di dalam Negeri Sembilan, malah di luar kawasan bergantung kepada permintaan.
“Paling jauh saya pernah bawa sampai ke Perlis dan Kelantan. Jadual kerja saya tak kira waktu dan ada kalanya saya perlu bergerak seawal jam 3 pagi untuk menghantar jenazah.
“Saya tak kisah sebab itu sudah saya tanggungjawab saya untuk membantu,” katanya.
Van rosak di tengah jalan
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Hussin ialah vannya secara tiba-tiba rosak di lebuh raya ketika dalam perjalanan membawa jenazah ke Batu Pahat, menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan rakan untuk meneruskan perjalanan menhantar jenazah terbabit.
Malah, katanya, walaupun berdepan dengan cerita yang menyeramkan, namun ia langsung tidak mematahkan semangat bapa kepada tiga anak ini untuk meneruskan kerjaya tersebut selagi terdaya.
Namun, jauh di sudut hatinya bimbang sama ada akan ada insan lain yang akan menyambung kerjayanya itu pada masa akan datang.
"Kita ini sudah berusia dan saya nampak pun kebanyakan orang yang membawa van jenazah atau menguruskan jenazah ini adalah orang tua.
“Seeloknya orang muda melakukan pekerjaan ini. Tapi saya tengok ramai tak berminat. Saya sendiri ada ajak mereka cari pengalaman ikut saya, tapi dia tidak mahu. Entahlah... takut agaknya,” katanya.
Bagaimanapun, nasihat Hussin kepada mereka yang mahu melakukan pekerjaan itu, jangan sesekali bercakap besar dan sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa ikhlas dan memohon kepada ALLAH agar kerjanya dipermudahkan.
Sementara itu, isteri Hussin, Rosiah Hassan, 56, berkata, dia biasa menemani suaminya menghantar jenazah terutama bagi perjalanan jauh.
Malah, katanya, dia berbangga dengan pekerjaan suaminya itu walaupun ibunya sendiri pernah mempersoalkannya.
“Emak saya tanya ‘tak takut ke bawa mayat?’ Saya cakap kita nak takut apa sebab orang dah meninggal dunia.
“Ada yang cakap kalau diberi upah RM1,000 sehari pun untuk bawa jenazah, tak mahu. Saya pun sudah biasa dengan dugaan ketika dalam perjalanan terutama waktu malam, tapi saya tak layankan perasaan takut itu,” katanya.
Rosiah berkata, setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia dan baginya, dia akan rasa insaf setiap kali menemani suaminya melakukan pekerjaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan