QURNISHA HAMKA
Ahli Parlimen PAS Shah
Alam, Khalid Samad berkata beliau melihat satu pakatan baru perlu
ditubuhkan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan
datang. - Foto TRP/Mokhsin Zamani
SHAH ALAM- Krisis dan percanggahan yang melibatkan PAS dan DAP dilihat mustahil dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid
Samad berkata beliau melihat satu pakatan baru perlu ditubuhkan sebagai
persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Berpecahnya Pakatan Rakyat yang ada
adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa
pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidak tentuan
politik.
“Adanya keperluan satu pakatan baru yang
mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkan pakatan baru amat
diperlukan,” kata Khalid di dalam sidang media hari ini.
Malah jelasnya, PAS perlu sedar dan
berubah kepada perjuangan yang asal bagi memastikan parti itu terus
kekal relevan dalam PRU akan datang.
Ini kerana, tempoh 100 hari yang diminta
oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini akan
tamat pada 14 September.
Tempoh tersebut adalah waktu untuk
kepimpinan baru PAS yang dimonopoli golongan Ulama bagi membuktikan
kemampuan mereka mengemudi PAS.
“Untuk PAS wujudkan kembali suasana
kukuh dan mantap dalam PR, jika tidak kami terpaksa meneruskan agenda
itu iaitu Gerakan Harapan Baharu. Matlamat kita ialah untuk wujudkan
gabungan pembangkang yang mantap dan utuh,” tambah beliau.
Pembentukan pakatan baru itu katanya perlu baru memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan islamis.
“Pakatan baru yang menyatukan hasrat
rakyat, golongan islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali
supaya ianya mampu menandingi BN.
“Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas berkenaan krisis Pakatan Rakyat yang sebelum ini mencetuskan
perpecahan di kalangan PAS, DAP dan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan