HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Julai 2015

Pengedar sokong tak umum harga baru minyak

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan kerajaan memberhentikan pengumuman awal perubahan harga minyak

Presidennya Datuk Hashim Othman berkata pengumuman awal kenaikan harga minyak hanya akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Katanya pengumuman awal hanya menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak, jika akan berlaku kenaikan, sehingga stesen terputus bekalan.

Bukan itu sahaja, malah kata Hashim, pengendali stesen minyak juga akan dituduh menyorokkan stok demi menunggu harga baru yang lebih mahal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

The Star melaporkan Hasan sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Desember tahun lepas.

RON95 dam diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).




Tiada ulasan: