Penggodam dilaporkan cuba mencuri maklumat sensitif daripada anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd (Edra Global) awal bulan ini.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, walaupun begitu tiada sebarang maklumat dapat dicuri.
Harian itu juga melaporkan, Edra Global memfailkan laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9 Julai lalu.
The Edge dapat melihat salinan laporan polis itu dan berdasarkan kepada aduan, penggodam dikatakan melakukan cubaan itu pada Julai dengan medaftar masuk pelayan Edra Global menggunakan beberapa identiti seperti "admin", "support" dan "root".
Sumber cubaan itu tidak diketahui tetapi dipercayai berpangkalan di luar negara.
Sementara itu jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kes berkenaan kini dikendalikan penyiasat di Bukit Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan