Satu lagi tangkapan reman dibuat pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terhadap skandal 1MDB.
Menurut sumber, individu itu ialah seorang eksekutif berpangkat Datuk.
Setakat ini dia dikatakan sedang berada Putrajaya bagi menunggu perintah tahanan reman dikeluarkan majistret.
Individu itu adalah eksekutif atasan keempat yang ditahan pasukan petugas khas minggu ini.
Semalam seorang pemilik firma perdagangan direman selama empat hari manakala individu pertama ditahan pada Selasa lalu dibebaskan dengan ikat jamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan