HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Julai 2015

PKR: Ancaman Zahid pada editor UK 'melucukan'

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota parlimen PKR berkata ancaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahidi semalam untuk mengektradisi Editor Sarawak Report Clare Rewncastle-Brown berhubung artikel yang menyerang 1MDB, tidak mempunyai asas undang-undang.

"Tuntutan Zahid bahawa Clare boleh diekstradisi tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan UK dan ia melucukan," kata N Surendran yang juga seorang peguam hak asasi dalam satu kenyataan hari ini.

"Adakah Zahid serius mengharapkan kerajaan British untuk membenarkan ekstradisi seorang rakyatnya ke Malaysia semata-mata kerana mendedahkan skandal kewangan berbilion dolar?" soal Surendran.

"Zahid juga tidak mampu untuk mengenalpasti kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Claire bawah undang-undang negara kita.

"Beliau hanya berkata 'mencampuri urusan dalaman Malaysia' dan pendedahan beliau 'mempunyai niat jahat'. Ini bukan salah kesalahan jenayah sama ada di Malaysia atau UK," kata Surendran lagi.

Semalam Zahid memberi ingatan kerajaan boleh bertindak terhadap Claire jika mendapati ada unsur jenayah terlibat kerana kerjasama dan pertukaran maklumat risikan memang terjalin antara Malaysia dan Britain.

Beliau juga berkata Kementeriannya akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra jika terdapat unsur prima facie untuk tindakan perundangan terhadap Claire.

Ini termasuk kerjasama memang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia dan Scotland Yard bagi memudahkan tindakan susulan dibuat jika tindakan mengekstradisi diperlukan.


Tiada ulasan: