Maklumat yang disebar melalui WhatsApp adakalanya tidak masuk akal
PETALING JAYA: Kebanyakan rakyat Malaysia termasuk mereka yang cerdik pandai dikatakan mudah mempercayai khabar angin yang tidak memihak kepada kerajaan
Perkara itu dibangkitkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak di entri blognya, sskeruak.blogspot.com.
Beliau merujuk kepada mesej WhatsApp yang mendakwa kononnya, bekas anggota polis, Koperal Sirul
Azhar Umar akan memberi keterangan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu di salah sebuah mahkamah di Australia.
“Saya mendapati mesej yang sangat sukar dipercayai,” tulisnya yang terkejut dengan sikap orang ramai yang begitu mudah menerima berita itu walaupun terang-terang tidak masuk akal.
Katanya, ia tidak logik kerana kes berkenaan bukannya berlaku di Australia dan sudah tentu ia berada di luar bidang kuasa mahkamah negara itu.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita yang disebarkan.
“Malah, menurut hukum Islam, Mahkamah Syariah juga menolak pengakuan yang tidak boleh dipercayai. Mahkamah Sivil juga sama. Oleh itu rakyat Malaysia mesti belajar berfikir sebelum menerima apa yang dibentangkan sebagai fakta,” tulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan