1Malaysia Development Berhad
Perintah reman empat hari bermula hari ini ke atas lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.
Difahamkan lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM pada 10.45 malam tadi ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan.
Terdahulu, mahkamah membebaskan seorang pengarah syarikat pembinaan berusia 39 tahun yang merupakan individu pertama ditahan berhubung siasatan 1MDB.
Lelaki berkenaan dibebaskan selepas direman empat hari sejak Selasa dengan jaminan SPRM RM100,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk tunai dan RM80,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.
Menurut SPRM, lelaki berkenaan dibebaskan kerana penahanannya bertujuan membantu siasatan sementara peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata SPRM masih belum menjelaskan secara terperinci asas penahanan anak guamnya.
Muhammad Shafee dalam laporan media sebelum ini berkata anak guamnya ditahan ketika pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika mahu ke Taiwan atas urusan perniagaan.
Pada Rabu (22 Julai) seorang pengarah urusan bergelar Datuk menjadi lelaki kedua yang direman berhubung siasatan 1MDB.
Lelaki berusia 54 tahun itu direman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 berkenaan menerima atau cuba mendapatkan rasuah. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan