Mereka yang terbabit dengan rasuah terlepas hukuman kerana menjadi ahli organisasi tertentu
PETALING JAYA: Sistem pengadilan di negara ini sepatutnya mempunyai badan bebas supaya ia tidak wujud sebarang kepentingan peribadi.
Pandangan itu dimuat naik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Facebooknya, Johore Southern Tigers.
“Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa… Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi.
Katanya lagi, terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk tetapi lebih keji lagi apabila berdiam diri tanpa melakukan sesuatu.
“Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan,” tulisnya dengan penuh tanda tanya sebelum mengakhiri status berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan