HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Julai 2015

Skandal MARA: Annuar Musa jumpa KPN


 
Pertemuan dipercayai ekoran kenyataan Ketua Polis Negara bahawa siasatan awal tidak menunjukkan unsur-unsur pecah amanah.


annuar-musa-igp-khalid



KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Khalid Abu Bakar di Bukit Aman pada Isnin.

Annuar tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11.55 bagi dan keluar sejam kemudian.

Media bagaimanapun gagal mendapatkan sebarang ulasan daripada Anuar mahupun Khalid berhubung pertemuan itu.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan skandal pembelian hartanah di Australia oleh anak syarikat MARA, MARA Inc.

Baru-baru ini, Annuar meluahkan tidak puas hati apabila Khalid memaklumkan siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur pecah amanah terhadap pembelian salah satu aset MARA, The Doudley International House yang didakwa terlebih bayar RM15 juta.

Sehubungan itu, Annuar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Khalid untuk mendapatkan penjelasan.

Skandal MARA itu didedahkan oleh sebuah akhbar Australia, Teh Age, yang mendakwa lebihan bayaran itu digunakan untuk membayar kepada individu tertentu sebagai imbuhan pembelian.

Rafizi Ramli pula mendakwa MARA terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian empat aset di Melbourne yang kesemuannya didakwa dibayar lebih tinggi berbanding harga sepatutnya mengikut pasaran semasa.


Tiada ulasan: