SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia
mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara membabitkan
sebuah pesawat Tentera Udara Republik Indonesia di Medan semalam.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Malaysia berdukacita atas
tragedi yang melibatkan pesawat C-130 itu yang mengorbankan lebih 140
nyawa.
"Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan belasungkawa kepada
kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, khususnya kepada keluarga mangsa
yang terkorban," kata kenyataan itu.
Pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia
dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera
pada kira-kira 12 tengah hari semalam sejurus selepas berlepas dari
pangkalan udara.
Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Konsulat Jeneral di Medan akan terus memantau situasi tragedi berkenaan.
Orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral berkenaan di talian 00 62
81260360008 dan Pegawai Bertugas Kementerian Luar di talian 03-88874570
03-88874770. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan