HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Julai 2015

Tuduhan Guan Eng prejudis dan provokatif - PAS Pulau Pinang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang melabel PAS sebagai musuh ekoran membawa kes pemecatan wakil parti itu dalam agensi kerajaan negeri ke mahkamah, disifatkan sebagai prejudis, provokatif dan tidak profesional.
 
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, tindakan Guan Eng itu dilihat seperti sengaja ini menyerang PAS, sedangkan pemecatan yang dibuatnya terhadap wakil parti Islam itu satu yang keterlaluan.  
 
"Apakah alasan wajar Lim Guan Eng (LGE) untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang? 
 
"Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh?
 
"Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Ujar Yusni, Guan Eng bertindak tidak adil apabila memecat wakil PAS dalam kerajaan pimpinannya disebabkan sikap gopoh sehingga salah mentafsir usul 'putus hubungan' yang dibuat Dewan Ulamak PAS Pusat di Muktamar, bulan lalu. 
 
Malah, Yusni turut mencabar Setiausaha Agung DAP itu tampil dengan bukti bagi menjustifikasi tindakan beliau memecat wakil parti Islam berkenaan. 
 
"Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh," katanya.
 
PAS Pulau Pinang beberapa hari lalu mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.
 
Dua wakil PAS yang dipecat itu adalah Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
 
Terdahulu pada 12 Jun lalu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fadzil Kemi turut dipecat pegawai penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
  

Tiada ulasan: