KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas bakal berhadapan dakwaan di bawah Seksyen 19 kerana melakukan kesalahan tidak menghormati Ramadan dan makan di tempat awam.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Datuk Omar Musa berkata, lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditangkap ketika sedang menikmati makanan di bandar raya ini dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Apa yang lebih mengejutkan, lokasi tanah perkuburan menjadi pilihan utama kepada mereka yang tidak berpuasa untuk makan di kawasan berkenaan kerana keadaannya yang agak sunyi.
“Orang ramai perlu peka perkara ini, jika ada yang terserempak dengan mereka (tidak berpuasa) di kawasan itu (tanah kubur) laporkan segera kepada kami (Maidam).
“Anggota kami lebih kurang seramai 10 orang, sentiasa melakukan operasi sepanjang Ramadan bermula awal pagi hingga 3.30 petang,” katanya kepada media sempena Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan di jabatannya, di sini.
Menurut Omar, bangsa lain juga dinasihatkan supaya menghormati Ramadan kerana pihaknya mendapati, terdapat kedai bangsa lain yang menjual makanan kepada orang Islam.
Dalam pada itu, seorang remaja lelaki tempatan yang ditahan di Kemaman pula, bakal didakwa di bawah Seksyen 90 kerana melakukan pungutan khairat atau derma tanpa kebenaran, yang boleh disabit denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,
“Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang masalah ini yang turut membabitkan rakyat negara lain termasuk Pakistan dan India yang mengambil kesempatan sempena Ramadan," katanya.
Sementara itu, Omar berkata, sebanyak 51 kekerapan operasi dilaksanakan di bawah Seksyen 19 manakala 30 operasi di bawah Seksyen 90 di sepanjang Ramadan.
“Bagi Seksyen 19, Besut dan Setiu mencatatkan kekerapan operasi paling tinggi iaitu tujuh operasi, diikuti Hulu Terengganu dan Marang masing-masing (6) dan (5) di Kemaman serta (4) di Dungun.
“Bagi Seksyen 90 pula, Besut dan Setiu juga paling tinggi iaitu tujuh operasi, Hulu Terengganu (6), Dungun (4), Kemaman (3), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1),” katanya.
Bagaimanapun, trend tangkapan pada Ramadan tahun ini sehingga semalam (7 Julai), sangat baik kerana peratusan menunjukkan berlaku penurunan secara mendadak berbanding tahun sebelumnya.
“Diharap ia akan kekal baik sehingga Ramadan dan situasi ini berlaku kerana masyarakat masih lagi menghormati bulan puasa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) masing-masing menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM73,086.27 dan RM27,686 kepada Maidam.
1 ulasan:
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

Catat Ulasan