HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2015

BN Selangor tak ada modal politik

 
Isu yang dibawakan oleh Mat Nadzari berhubung pengagihan zakat di Pahang dianggap perkara remeh.


Mat-Nadzari_shuhaimi-shafiei_pkr_selangor_zakat_600


SHAH ALAM : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei menempelak Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, isu yang dibawa ADUN Batang Kali itu merupakan perkara remeh dan penyelaras BN Selangor itu tidak mempunyai isu lain yang ingin dibawakan.

“Mat Nadzari tu takde isu nak bawak. Terlalu naif. Benda-benda yang kita katakan remeh temeh dia bawak.

“Kalau nak tunjukkan kemampuan sebagai penyelaras BN, carilah isu lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Bersama Media pada Khamis.

Dia yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor berkata pihaknya akan memberikan jawapan berkenaan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Biar Menteri Besar yang jawab,” katanya.

Baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata tindakan kerajaan Selangor memperuntukan bantuan zakat berjumlah RM5 juta yang didakwa disalur menerusi ketua-ketua cabang PKR amat meragukan.

Dia membangkitkan persolan kerana kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak menyalurkan bantuan zakat itu menerusi LZS atau secara terus kepada kerajaan negeri yang terlibat.

Tiada ulasan: