HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2015

Khalid ‘sound’ Azmin diam,jangan ganggu tugas polis

 
Azmin Ali mendesak polis berhenti menganggu SPRM yang sedang menyiasat dana RM2.6 bilion dan 1MDB.


khalid-abu-bakar_twitter_600


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya ‘duduk diam-diam’ dan tidak mengganggu tugas polis.

Teguran itu dibuat susulan kenyataan Azmin yang mendesak polis berhenti mengganggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“YAB MB Selangor, kalau tak tau hujung pangkal tugas yg @PDRMsia dan @SPRMMalaysia buat, eloklah diam. Jgn pulak nanti mengganggu tugas kami,” tulis Khalid menerusi akaun Twitter.

Azmin pada Rabu lalu berkata, tindakan polis melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM merupakan cubaan untuk campur tangan terhadap siasatan 1MDB dan perbuatan itu perlu dihentikan segera.

Tiada ulasan: