HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Ogos 2015

Najib gagal sebagai nakhoda



Oleh NYZA AYOB 


KUALA LUMPUR: Sebagai pemimpin negara yang diberi amanah mentadbir negara, Dato’ Seri Najib Razak sepatutnya sedar apabila seseorang itu dipilih menjadi pemimpin, beliau merupakan tempat bergantung harap rakyat dan negara.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh berkata, apabila Najib membuat perbandingan kepimpinannya dengan sebelum ini, ia menggambarkan kegagalannya menjadi nakhoda sebuah negara.

“Rakyat memberi mandat kepada beliau menjadi Perdana Menteri dengan harapan dapat menyelesaikan masalah yang lalu dan bukan membuat masalah yang baharu. Tetapi apa yang berlaku beliau yang sedia ada,” katanya ketika berkunjung ke pejabat
Menurut beliau, adalah tidak adil Najib membuat perbandingan kejatuhan nilai ringgit hari ini dengan waktu pemerintahan Tun Dr Mahathir kerana harga barangan hari ini amat berbeza dengan waktu dahulu, tambahan pula selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tegasnya, Najib sebenarnya tidak dapat mengelak diri daripada keresahan yang ditanggung masyarakat yang amat tidak selari dengan slogan yang dilaungkannya sebelum ini untuk mendahulukan rakyat.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah membandingkan kegagalan yang lalu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang.

Katanya, kenyataan yang diberikan Najib itu menggambarkan beliau pemimpin yang tidak bertanggungjawab dengan amalan sindrom penafian yang memalukan negara.

“Negara tidak akan keluar daripada polemik politik dan kewangan sekarang dengan sikap bebal sebegini.
Najib seolah berlepas tangan sedangkan rakyat mahu penjelasan dan penyelesaian bukan penafian.

“Malaysia akan hadapi imej hilang keyakinan untuk menyelesaikan masalah dan krisis akan meluntur kepercayaan dunia kepada Malaysia,” katanya sewaktu dihubungi

Beliau menegaskan, apa yang rakyat mahu ialah membetulkan kepincangan dan penyelewengan serta mencari punca masalah dan menumpukan kepada merungkai punca.

Katanya, suara keresahan kepada masalah sudah berkali-kali disuarakan rakyat, pegawai kerajaan dan anggotan parti sendiri.

Namun apabila jawapan Najib ialah menafikan dan membandingkan dengan zaman sebelum beliau, ia merupakan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin terdahulu.

Justeru katanya, Najib tidak boleh bersikap bebal menghadapi teguran dan mengelak daripada memberi maklum balas kepada soalan yang dibangkitkan sehingga kini dengan dijawab dengan penafian.

“Semakin lama Najib mengelak daripada memberi respons yang tuntas selagi itu kepimpimpinannya semakin dipersoal,” katanya.

Najib sewaktu berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gerik baru-baru ini berkata, krisis politik yang dialami Umno dan kejatuhan nilai ringgit ketika era Perdana Menteri sebelum ini lebih buruk berbanding dalam tempoh pentadbiran beliau ketika ini.

Katanya lagi, kejatuhan nilai mata wang negara hari ini tidak seteruk pada 1997 serta membuat perbandingan negara lain yang mengeksport komoditi semuanya mengalami kejatuhan termasuk New Zealand yang lebih teruk dari Malaysia.

Tiada ulasan: