SEMALAM tersebar foto sepasang pengantin baharu yang
menunaikan solat sunat selepas akad nikah mendapat perhatian pengguna
laman sosial.
Pakaian pengantin perempuan yang tidak bersesuai serta kedudukan makmum wanita yang salah menjadi kritikan netizen.
Tinjauan di laman-laman sosial mendapati, netizen mempunyai pandangan yang berbeza mengenai gambar ini.
Namun rata-ratanya menyifatkan penyebaran gambar ini sebagai satu
peringatan yang baik untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.
"Peringatan terbaik untuk kita semua, bagi saya tidak mengaibkan, tidak
nampak muka pun. Peringatan ini bukan untuk kita sekarang sahaja,
tetapi juga untuk anak-anak kita nanti, untuk generasi akan datang,"
komen Seri Wangi Safar.
Abi Nur pula menulis, perkara yang tidak disengajakan, semoga ALLAH
Taala memaafkan pasangan ini dan memberi kecerahan ilmu tentang ibadah
dalam agama Islam.
Sementara itu, ada di antara netizen turut mempertikaian sebab
penyebaran gambar ini dan menganggap ia mengaibkan pasangan tersebut.
QueenUfairah HaWish menulis, "kalau ikhlas nak tegur..tak perlulah
tunjukkan gambar dia pada umum. Kalau pengantin tu depan mata tegur
jelah terus mereka.
"Tapi kalau nak dijadikan pengajaran hanya taip sajalah untuk
peringatan semua. Kalau dia bertaubat atas kesilapan dia, tentu ALLAH
ampunkan. Ini kita yang hebahkan gambar dia macam ni dan orang keliling
mengata itu ini.. kalau mereka tak maafkan.. susah nanti."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan