Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Majlis Amanah Rakyat (MARA) supaya menjual hartanah bernilai RM63 juta di Australia termasuk aset lain untuk membiayai pelajar yang tidak mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran di luar negara.
Katanya, seramai 40 pelajar mengadu kepadanya berdepan masalah kewangan dalam meneruskan pelajaran ekoran tidak mendapat biasiswa dan pinjaman dari agensi kerajaan itu
“(PERKASA) cadang MARA jual tanah di Melbourne Australia. MARA harus kumpul duit yang ada bantu pelajar yang tak ada pinjaman ni," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Tokoh politik veteran itu turut menyindir kerajaan yang kononnya mengangkat pembangunan modal insan tetapi tidak menjaga kebajikan pelajar yang berada di luar negara.
"Rugi kepada negara dan bangsa, apa yang dikatakan pembangunan modal insan tapi budak-budak belajar tak mampu nak biayai.
"Seperti guruh di langit digembar-gemburkan Malaysia seperti 'syurga' tapi pelajar duduk dalam 'neraka',” katanya.
Selain itu beliau mencadangkan agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi pinjaman kepada pelajar yang belajar di luar negara dan tidak hanya mengehadkan kepada universiti tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan