Sebesar mana pun masalah yang dihadapi oleh politik negara, kita berkeyakinan yang ia akan selesai juga akhirnya. Itu sememangnya pengakuan dan kepercayaan orang yang bertuhan dan beragama, apatah lagi dengan kita yang beragama Islam suci ini. Apa yang kita lalui sekarang ini mungkin sebagai dugaan dan pengajaran kepada kita semua betapa perlunya kita menghadapi masalah dengan bersabar tanpa menghentikan usaha untuk memperbaikinya.
Tiada apa yang baik akan timbul
selagi kita masih tidak melalui dugaan dengan kepayahan. Hanya setelah kita
melalui segala rintangan itu barulah kita mendapat kebaikan dan nikmat
perjuangan dan usaha gigih kita itu.
Memerangi yang bathil dan yang sememangnya perjuangan yang berlarutan sehingga
akhir hayat kita. Akhirnya sesiapa yang kekal dan kental serta bertahan dengan
perjuangan dan keyakinannya akan mendapat kejayaan dan akan menikmati kebaikan
dan berada dalam kesyukuran buat masa yang lama.
Lagi kuat dan susah perjuangan
itu semakin dirasakan kenikmatannya, setelah menempa kejayaan perjuangan yang payah
itu. Kita mesti menerima hakikat yang bathil akan akhirnya tumpas dan tiada apa-apa
elemen lain yang boleh menahannya dari kejatuhan elemen jahat ini.
Melawan nafsu atau diri sendiri
ini merupakan perjuangan yang tiada hentinya. Itu sebabnya kita memerlukan
manusia yang sentiasa dikawal oleh syariat dan hakikat, sama timbangan diantara
kedua-dua hakikat dan syariat itu. Kita tidak boleh mengakui yang kekuatan yang
ada pada diri kita jika ada itu, adalah kekuatan itu datangnya dari kekuatan
sendiri.
Tiada siapa yang kuat diantara
kita. Yang membezakannya hanyalah siapa yang lebih diredhai Tuhan dan mereka
yang mendapat keredhaan itu akan akhirnya berjaya walaupun terpaksa mengikuti
perjalanan dan liku-liku kepayahan itu dalam jangka masa yang panjang. Kata
pujangga Islam yang tersohor, ‘perjalanan ke neraka itu akan melalui jalan yang
penuh keenakan dengan roti dan keju, dan perjalanan ke syurga itu akan melalui
jalan yang penuh dengan duri dan onak’.
Di sinilah letaknya perjuangan dan
di sini jugalah letaknya kenikmati perjuangan yang panjang dan payah itu. Kita
akan hanya menerima nikmat apabila kita sudah selesai melalui perjuangan dan
onak serta duri yang berbisa itu. Bagi sesiapa yang mendapat kemenangan atau
kejayaan tanpa bersusah payah menghadapi dugaan itu hanyalah mendapat rahmat
yang tidak semestinya kekal.
Ia bukan sahaja melibatkan kita
secara individu, tetapi ia juga boleh melibatkan sesebuah negara. Jika negara
dipimpin oleh pemimpin yang tidak boleh diyakini dan mentadbir negara dengan
tidak jujur dan betul, pihak yang berjuang untuk pembetulan itu akan menghadapi
kepayahan kerana yang berkuasa dengan rakus itu tidak akan mudah mengalah.
Pemimpin yang pembawa kebathilan itu adalah pemimpin yang susah untuk di buang kerana ia diperkuatkan oleh elemen yang bathil yang kuat dan sentiasa berkuku tajam untuk mencengkam mereka yang berjuang untuk kebenaran itu. Itu sememangnya tugas dan tanggungjawab mereka sejak Adam dan Hawa lagi. Menyesatkan Bani Adam itu adalah tugasan mereka yang tidak akan berhenti.
Pemimpin yang pembawa kebathilan itu adalah pemimpin yang susah untuk di buang kerana ia diperkuatkan oleh elemen yang bathil yang kuat dan sentiasa berkuku tajam untuk mencengkam mereka yang berjuang untuk kebenaran itu. Itu sememangnya tugas dan tanggungjawab mereka sejak Adam dan Hawa lagi. Menyesatkan Bani Adam itu adalah tugasan mereka yang tidak akan berhenti.
Tetapi hakikatnya yang bathil itu
akan tetap tumpas dan akan memberikan kemenangan kepada perjuangan yang hak tadi
bagi giliran mereka untuk mendapatkan rahmat yang dijolok mereka sekian lama.
Bagi memberi semangat kepada yang
menunggu ketibaan nikmat hasil perjuangan yang baik dan hak itu, kita terpaksa
meneruskan perjuangan itu tanpa rasa jemu dan mengalah dengan cepat. Sekali
kita pasang keyakinan itu teruskan dengan kepercayaan hakiki yang bathil itu
akan tumpas dan yang hak akan menyinari kehidupan kita selagi kita tidak lupa
untuk bersyukur dengan kenikmatan anugerah Tuhan itu.
Jika kita lalai dan lupa untuk
bersyukur selepas berjaya mendapat nikmat perjuangan itu proses pensucian itu
akan kembali dan akan kita lalui kembali jalan-jalan yang beronak dan berduri
itu tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan