Oleh Alyaa Alhadjri
Pada bulan Januari lepas, tindakan yang diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) menahan timbalan pengerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Bambang Widjojanto mencetuskan kemarahan meluas di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.
Orang awam telah menunjukan sokongan kepada badan anti rasuah dan hashtag #SaveKPK dilaporkan mengungguli topik hangat di Twitter bukan sahaja di Indonedia tetapi di seluruh dunia pada jam 2.30 petang 23 Januari
Walaupun popularitinya memuncak, presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo tidak terlepas daripada dikecam oleh rakyat yang mendesak dia menghentikan cubaan-cubaan untuk melemahkan KPK- institusi yang dihormati dengan rekod kerja yang sangat baik selain bertanggungjawab memastikan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas Ketua Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia Akil Mochtar.
Ini ialah
tambahan kepada kejayaan KPK dalam menyingkirkan menteri, gabenor,
hakim dan ramai lagi pegawai tinggi kerajaan atas tuduhan rasuah.
Pada
ketika itu, penahanan Bambang ialah permulaan kepada cubaan untuk
‘melumpuhkan’ KPK, kerana Bareskrim meneruskan siasatan kepada Ketua
Pesuruhjaya KPK (tidak-aktif) Abraham Samad, selain timbalannya,
Zulkarnain dan Adnan Pandu Praja.
Laporan
berita juga menyebut yang terdapat ‘serangan’ serupa kepada penyokong
KPK, termasuklah kepada bekas Kepala Pusat Pelaporan dan Analisis
Transaksi Keuangan Yunus Husein dan bekas Wakil Menteri Hukum dan Hak
Asasi Manusia Denny Indrayana.
Pemerhati
menyifatkan tindakan menyabitkan kesalahan jenayah kepada KPK kini
menjadi lebih buruk dibandingkan dengan zaman President Susilo Bambang
Yudhoyono kerana Jokowi masih bergelut untuk meraih kelebihan politik
yang lebih banyak- dengan gabungan pemerintahannya hanya mengawal lebih
kurang 40 peratus kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat.
Kelemahan
Jokowi untuk menangani campur tangan politik yang seterusnya
mencetuskan siasatan polis telah menyebabkan dia kehilangan sokongan
dan kepercayaan rakyat kepada pentadbirannya.
Selain
daripada dakwaan serangan oleh polis, aktivis anti rasuah juga
mengatakan bahawa cadangan pindaan kepada Hukum No. 30/2002 yang
mengawalselia KPK sebagai satu lagi cubaan untuk melemahkan badan
anti-rasuah itu- menarik kembali sebahagian kuasa siasatannya, termasuk
keizinan penggunaan alat perisikan kepada orang yang disyaki melakukan
rasuah.
Ketika KPK berdepan dengan
penilaian semula undang-undang yang boleh melemahkan kuasanya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula telah lama meminta
kuasa yang lebih untuk menghapuskan rasuah.
Antara
lain, SPRM telah meminta kuasa untuk mengambil dan memecat
kakitangannya, selain daripada mengawal selia pembiayaan politik- dua
isu yang berpotensi memberi kesan kepada hasil siasatan SRC
International- sebuah syarikat yang dikaitkan dengan syarikat sarat
hutang cabang-kerajaan 1Malaysia Development Berhad.
Dalam kes terbaru di Indonesia, laman berita dalam talian Tempo.com
pada 3 Ogos memetik Ketua Pesuruhjaya Bareskrim General Budi Waseso
sebagai berkata dua aktivis Indonesian Corrruption Watch (ICW)- Adnan
Topan Husodo dan Emerson Yuntho- kemungkinan besar akan disiasat atas
dakwaan jenayah memfitnah pakar undang-undang Romli Atmasasmita.
Kes
dua orang aktivis ICW itu dikaitkan dengan kenyataan mereka
mempersoalkan kewibawaan Romli sebagai pengerusi jawatankuasa bebas
yang dibentuk untuk melantik Pesuruhjaya KPK yang baru, untuk
mengantikan pesuruhjaya kini yang dibawah siasatan polis.
Pada hari yang sama, laman berita dalam talian Malaysiakini
memetik pengarah operasi khas SPRM
Bahri Mohamad Zin yang menimbulkan
kemungkinan wujudnya “tangan tersembunyi” di sebalik penahanan individu
yang terlibat dalam siasatan yang masih berlangsung ke atas SRC
International oleh polis.
Bezanya
pesuruhjaya KPK dilantik oleh jawatankuasa bebas, sementara jawatan
dalam SPRM ditentukan oleh kuasa di Jabatan Perdana Menteri.
Bahri
pada awalnya disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman selama
tiga jam di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang
mengancam demokrasi berparlimen.
“
DPP kami (Ahmad Sazilee Abdul Khairi) telah ditahan pada jam 1 pagi
(pada hari Sabtu),” katanya seraya menambah, yang tindakan itu
membuatkan dia tertanya-tanya.
“Saya
fikir pihak polis tidak akan melakukan kerja gila ini sekiranya tiada
arahan untuk mereka berbuat demikian,” dia dilaporkan mendakwa.
Selain
daripada Ahmad Sazilee, polis juga telah menahan bekas penasihat SPRM
Rasphal Singh dan pegawai daripada Jabatan Peguam Negara Jessica
Gurmeet Kaur.
Menurut polis, Rashpal
dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dilakukan ke
atas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Ketiga-tiga mereka
telah dibebaskan.
Dalam apa juga situasi, tidak seperti di Indonesia, sokongan orang awam kepada SPRM seolah-olah tidak wujud.
Begitu
sekali sampai mereka hanya terpaksa berharap dengan pertolongan tuhan,
apabila aktiviti solat hajat beramai-ramai akan diadakan di ibupejabat
SPRM di Putrajaya pada 4 Ogos.
Pada
dasarnya, situasi merisaukan yang berlaku di Malaysia kini sangat
jelas mempunyai ‘kaitan’ dengan mereka yang mempunyai kedudukan dalam
parti politik dan institusi demokratik yang sepatutnya bertindak
menjadi pengawal kepada kuasa pemerintah yang wujud.
Sekiranya
wujud kesumbangan dalam rangkaian pentadbiran ia sepatutnya diganti
tanpa memberi kesan kepada rangkaian pentabiran yang lain, dan rakyat,
pengawalselia dan pihak penguatkuasaan tidak sepatutnya diperlekehkan
oleh pihak yang memegang kuasa.
Komen dan cadangan kepada penulis boleh dihantar kepada alyaa@hckmedia.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan