Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti politik baharu yang digerakkan itu akan memastikan hasrat penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 bagi menentang Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.
“Syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka.
"Meskipun belum didaftarkan, individu-individu ini bertekad melepaskan jawatan dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baharu yang bakal dilancarkan akhir Ogos ini,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
"Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah tunggak penting yang berpengalaman.
“Matlamatnya ialah bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya.
Sejak awal minggu ini langkah meletak jawatan oleh kepimpinan PAS kawasan khususnya di Selangor dilihat semakin agresif.
Ia membabitkan PAS Kawasan Kota Raja, Shah Alam, Kapar dan Hulu Langat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan