Pengerusi Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan dengan tegas menafikan bahawa beliau menyumbangkan wang kepada parti-parti pembangkang.
Katanya, dakwaan bahwa beliau mahupun Kumpulan Berjaya menyalurkan sehingga berbilion ringgit kepada pembangkang dalam adalah tidak benar.
“Jelas sekali bahawa dakwaan itu khayalan penulis semata-mata dan ditulis untuk tujuan sensasi dan boleh menjejaskan hubungan baik Kumpulan Berjaya dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan merujuk kepada tulisan Malaysiakini berjudul 'Dr M’s cronies who aided Pakatan targeted’ yang disiarkan semalam.
Artikel itu memetik tulisan di MyKMU, sebuah laman web pro-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan penuh Tan boleh dibaca di sini.
Nota editor: Sebelum menyiarkan tulisan itu, Malaysiakini sudah cuba berhubung dengan bahagian perhubungan awam Kumpulan Berjaya beberapa kali tetapi tiada jawapan. E-mel juga sudah dikirim ke jabatan itu, tetapi masih belum dibalas.
Kami memohon maaf atas laporan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan