Umno masih mempertimbangkan sama ada untuk menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang itu untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata jemputan kepada bekas perdana menteri dan presiden parti itu akan dibincangkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira perkembangan semasa.
"Secara peribadi, saya rasa Tun (Dr Mahathir) mungkin tidak akan datang. Sejak kebelakangan ini, beliau kerap menghentam parti.
"Apa-apa pun, kita tunggulah...nak.jemput atau tidak," katanya yang dipetik portal Berita Harian.
Perhimpunan Agung kali ini dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini dan akan dihadiri oleh lebih 200 pemerhati termasuk perwakilan asing daripada 70 parti dan agensi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan