"Jumlah yang diperuntukkan Jakim untuk membayar elaun ini relevan malah sebenarnya tidak mencukupi kerana peranan yang dimainkan pemimpin Islam terutama golongan imam semakin mencabar selain sara hidup yang agak tinggi pada masa kini.
"Suara-suara yang mendakwa Jakim membazir atau tidak menguruskan kewangan diperuntukkan hampir RM1 bilion tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Multaqa Guru Agama,
Pada Isnin lepas sebuah portal berita melaporkan dakwaan itu yang dimuat naik Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam laman Facebook miliknya.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata peruntukan berkenaan melibatkan kos operasi Jakim yang merupakan antara perbelanjaan terbesar dalam menguruskan elaun pemimpin agama berkenaan.
Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan komitmen kerajaan persekutuan selaras dengan Perlembagaan negara bagi membantu pemimpin dan pegawai agama di negara ini yang merupakan barisan depan menjaga dan memelihara Islam dalam masyarakat.
Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM17.9 juta kepada kerajaan Melaka untuk membiayai elaun 404 imam melibatkan peruntukan RM3.7 juta, 157 guru takmir (RM1.5 juta), 1,300 guru Kafa (RM12.9 juta) dan 3 pegawai penyelaras masjid daerah (RM62,000).
Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Melaka melibatkan 14 NGO dengan jumlah keahlian 12,280 yang menyatakan sokongan padu dan kepercayaan terhadap Jakim sebagai organisasi pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.
Memorandum tersebut disampaikan Yang Dipertua Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka Datuk Damanhuri Husin. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan