HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2015

Jangan biar orang luar tentu masa depan PKR



Jangan biar orang luar tentu masa depan PKR
Timbalan Presiden PKR,Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Tahunan Ke-11 2015 bertempat di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya,Petaling Jaya. Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
PETALING JAYA - Perwakilan Kongres AMK dan Wanita PKR diingatkan agar jangan membiarkan masa depan parti itu ditentukan orang luar.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11 di sini, hari ini.

Menurutnya juga, PKR satu-satunya parti yang berjaya menggarap kesemua parti pembangkang termasuk Amanah dan Pas untuk duduk di atas satu pentas yang sama bagi melawan BN.

"Hanya dengan muafakat utuh tanpa dibelenggu prejudis serta prasangka yang menebal, kita mampu mencapai kemenangan," katanya.

Majlis perasmian Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR ke-11, di sini hari ini dihadiri beberapa pimpinan Pas, DAP dan Amanah.

Menurutnya, sebagai pemimpin dan anggota parti reformasi, mereka mesti bersikap merendah diri bukannya angkuh, sombong dan bengkeng.

Katanya lagi, muafakat PKR dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah akan terus dibina di atas prinsip dan solidariti untuk menentang Umno-BN.

"Kita mahu semua pihak khususnya rakan-rakan kita menghormati pendirian yang diambil oleh PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan pimpinan PKR.

"Budaya PKR amat segar. Kita meraikan perbezaan pandangan tetapi kita tidak sama sekali mengizinkan perpecahan," katanya.


Tiada ulasan: