HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 November 2015

DAP akui wujud masalah dengan PKR


Lim Kit Siang
Kit Siang
 
 
ALOR SETAR - DAP mengakui mengalami masalah dengan PKR dalam beberapa perkara namun ia tidak menjejaskan hubungan dalam Pakatan Harapan.

Penasihatnya, Lim Kit Siang percaya gabungan itu mampu kekal sehingga PRU14 kerana ia adalah masalah biasa sahaja.

“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding PR,” katanya selepas melawat Pasar Koboi di sini, hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh.

Bagaimanapun, tiada wakil PKR yang hadir dalam program itu bermula kira-kira jam 9 pagi.

“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.

“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.

“PR hancur kerana Pas tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.
“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya.

Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Kit Siang mengakui berlaku sedikit masalah.

“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya.

Tiada ulasan: