HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2015

Nurul Izzah: Doakan saya dapat menjawab


Nurul Izzah: Doakan saya dapat menjawab
Nurul Izzah Anwar hadir ke ibu pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


KUALA LUMPUR - "Doakan saya dapat menjawab nanti," demikian kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum beliau dibawa masuk ke unit D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, kehadirannya itu untuk memberikan keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram dalam satu majlis di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, Sivara Rasiah memasuki pekarangan ibu pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 3.30 petang tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah sahkan ke Bukti Aman 4 petang esok]

Dalam sesi soal siasat itu, Naib Presiden PKR itu akan disoal siasat oleh Asisten Superintendan Muniandy dari JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan itu diperoleh setelah pihaknya beberapa kali berhubung dengan Nurul Izzah bersama peguamnya sebelum ini.

Khalid berkata, pihak polis perlu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu dan persetujuan dicapai untuk Nurul Izzah hadir ke Bukit Aman, hari ini.


Tiada ulasan: